LOGO FESTIVAL

LOGO FESTIVAL

Selasa, 3 Mei 2011

KURSUS WASIT & JURI KELAS 3 KEBANGSAAN

PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA (PESAKA)

KURSUS WASIT DAN JURI KEBANGSAAN








SILAT WARISAN BANGSA
PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN NEGERI SABAH




ANJURAN

PESAKA SABAH


DENGAN KERJASAMA

KOLEJ KOMUNITI TAWAU SABAH
&
PEJABAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH BAHAGIAN TAWAU

TARIKH

10 HB MEI 2011 HINGGA 14 HB MEI 2011


BERTEMPAT DI
KOLEJ KOMUNITI TAWAU



KURSUS WASIT DAN JURI KEBANGSAAN





1.0        PENDAHULUAN

1.1       Dalam mengadili pelbagai pertandingan baik diperingkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa, system pengadilan memainkan peranan yang penting bagi menjadikan sesuatu pertandingan dapat dijalankan dengan baik dan mempunyai kualiti.

1.2       Disamping mewujudkan system pengadilan yang sempurna, tersusun dan bersistematik, ianya akan menjadikan seseorang yang bergelar wasit dan juri mendapat pengiktirafan dari pihak PESAKA Malaysia, merupakan badan induk persilatan di Negara ini yang mana menyelia semua aktiviti pengadilan di semua peringkat.

1.3       Mempertingkatkan kemahiran peserta dalam proses pemberian markah sekiranya diberi kepercayaan untuk mengadakan sesuatu pertandingan di peringkaty daerah, negeri dan kebangsaan.

1.4       Maka satu kursus yang spesifik harus diadakan untuk mereka bertujuan mendedahkan dan memberi ilmu baru yang memerlukan kepakaran dan ketelian dalam mengadili sebarang kejuaraan besar mahupun kecil.


2.0       NAMA PROGRAM

2.1       Program ini dinamakan
KURSUS WASIT DAN JURI KELAS III KEBANGSAAN.


3.0       PENGANJURAN

3.1       PESAKA SABAH

Dengan kerjasama

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH BAHAGIAN TAWAU
& KOLEJ KOMUNITI TAWAU SABAH











4.0       OBJEKTIF

4.1       Membentuk satu pasukan wasit dan juri yang bertujuan menaikkan martabat serta mutu pengadilan di peringkat pertubuhan khasnya dan peringkat kebangsaan serta antarabangsa amnya.

4.2       Menaiktaraf dan memperkemaskan lagi sistem pengadilan yang sedia ada.

4.3       Persediaan menghadapi pelbagai kejuaraan yang akan dianjurkan baik di dalam mahupun diluar Negara.

4.4       Memberi pendedahan dan maklumat yang secukupnya dalam menjalankan sistem pengadilan.


5.0       MATLAMAT

5.1       Melalui program ini maka para peserta akan dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam mengadili sesuatu pertandingan yang akan diadakan dipelbagai peringkat.

5.2       Dapat menggunapakai dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dengan sebaiknya.

5.3       Mengetengahkan jurulatih ke peringkat berkebolehan mengadili pertandingan silat olahraga dan silat seni.

5.4       Pengetahuan dalam peraturan dan undang-undang pertandingan dapat digunakan untuk melatih pesilat-pesilat membuat persediaan memasuki sesuatu pertandingan.


6.0       JAWATANKUASA PENGANJURAN

6.1       Seperti dilampiran 1.


7.0       TARIKH, LOKASI DAN JANGKAMASA KURSUS

7.1       Tarikh              :           10/5/2011 Hingga 14/5/2011
7.2       Tempat            :           KOLEJ KOMUNITI TAWAU
7.3       Jumlah Hari     :           5 hari









8.0       BILANGAN PESERTA DAN PENYERTAAN

8.1       Terbuka kepada Pesilat-pesilat di seluruh Malaysia.

8.2       Setiap negeri dibenarkan menghantar seramain 8 orang peserta sahaja.

8.3       Penyertaan adalah terhad dan hanya negeri yang menghantar Borang Penyertaan dahulu akan diterima dan yang lewat akan dibawa ke kursus akan datang.

8.4       Pecahan peserta yang akan terlibat dari setiap negeri termasuk Pegawai Kursus dan Tenaga Pengajar adalah seperti berikut:-

a.         13 negeri yang mengambil bahagian.
b.         1 negeri seramai 8 orang  x  13 negeri              =         104 orang
c.         Pegawai Kursus                                               =         7 orang
d.         Tenaga Pengajar                                              =         4 orang (PESAKA)

                                                                        JUMLAH       =         115 orang


9.0       KUMPULAN SASARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

9.1       104 orang yang berminat untuk menjadi wasit dan juri.

9.2       Mereka yang berumur 23 tahun hingga 50 tahun.

9.3       Keutamaan diberikan kepada jurulatih, ahli dan mereka yang pernah mewakili pertubuhan di pertandingan pelbagai peringkat seperti daerah, negeri dan kebangsaan.

9.4       Jurulatih-jurulatih harus mengikuti kursus ini.


10.0      TENAGA PENGAJAR

10.1     Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada mereka yang mendapat pengiktirafan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang merupakan badan induk kepada persilatan di Malaysia.


11.0      JADUAL KURSUS

11.1     Seperti dilampiran 2.

14.0      PAKAIAN PESERTA KURSUS

14.1     Setiap peserta dikehendaki membawa Baju Melayu sepasang berwarna hitam dan pakaian silat masing-masing.

14.2     Peserta juga diminta membawa pakaian sukan dan kasut sukan serta pakaian yang difikirkan perlu.


15.0      BORANG, YURAN PENYERTAAN DAN GAMBAR

15.1     Borang Penyertaan yang lengkap dengan besertakan 2 keping gambar berukuran passport hendaklah dihantar dengan segera kepada Urusetia.

15.2     Sila rujuk surat tawaran bagi tarikh akhir menghantar borang tersebut.

15.3     Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: satu ratus Sahaja).


16.0      GANTI RUGI

16.1     Semua peserta dikehendaki mengambil insuran perlindungan diri masing-masing.

16.2     Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan yang kekal atau tidak kekal yang berlaku semasa kursus ini berlangsung.



17.0      KEMUDAHAN

17.1     Pihak Pengajur akan menyediakan keperluan seperti berikut:-

A.        Peralatan Kursus
B.         Sijil Penyertaan


18.0      PERKARA AM

18.1     Hanya peserta sahaja yang layak untuk berdaftar. Pihak Penganjur tidak akan menyediakan sebarang kemudahan atau bertanggungjawab kepada orang perseorangan yang tidak berkenaan.

18.2     Sebarang pernyataan yang tidak terdapat di dalam Borang Maklumat Kursus ini berhad ditentukan oleh Pihak Penganjur akan keputusannya.









19.0      URUSETIA

19.1     Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urusetia kursus di alamat seperti berikut:-

ZAID BIN ABDUL HAMID
KOLEJ KOMUNITI TAWAU
BATU 4 JLN APAS, 91000 TAWAU,
SABAH

No. Tel            :           089-913400
No. Faks          :           089-914201
No. H/P          :           016-8262347
Website           :           _________________________
Email               :           slasah2004@yahoo.co.uk




20.0     PENUTUP

20.1     Semoga dengan adanya kursus seperti ini maka ianya dapat dijalankan demi menyumbang kepada kecemerlangan sukan silat Negara. Ianya juga merupakan satu usaha mengembangkan lagi pengetahuan jurulatih. Manakala pengalaman yang ditimba oleh jurulatih-jurulatih semasa pertandingan silat yang disertai mereka sebelum ini dapat dipertingkatkan dan dicurahkan kepada pelapis generasi baru.


Lampiran 2

JADUAL KURSUS WASIT DAN JURI KEBANGSAAN




HARI PERTAMA

9.00 pg – 12.30 tgh                 - Pendaftaran Peserta.
12.30 tgh – 2.30 ptg                - Rehat, Solat Zohor, Makan Tengahari.
2.30 ptg – 4.30 ptg                  - Kelas Teori.
4.30 ptg – 5.30 ptg                  - Solat Asar.
5.30 ptg – 6.30 ptg                  - Riadah.
3.60 ptg – 9.00 mlm                - Solat Maghrib, Makan Malam, Solat Isyak.
9.00 mlm – 11.00 mlm            - Kelas Praktikal.
           





HARI KEDUA

6.00 pg – 9.00 pg                     - Solat Subuh, Aktiviti Kecergasan, Sarapan Pagi.
9.00 pg – 12.30 tgh                 - Kelas Teori.
12.30 tgh – 2.30 ptg                - Rehat, Solat Zohor, Makan Tengahari.
2.30 ptg – 4.30 ptg                  - Kelas Teori.
4.30 ptg – 5.30 ptg                  - Solat Asar.
5.30 ptg – 6.30 ptg                  - Riadah.
3.60 ptg – 9.00 mlm                - Solat Maghrib, Makan Malam, Solat Isyak.
9.00 mlm – 11.00 mlm            - Kelas Praktikal.

HARI KETIGA

6.00 pg – 9.00 pg                     - Solat Subuh, Aktiviti Kecergasan, Sarapan Pagi.
9.00 pg – 12.30 tgh                 - Kelas Teori.
12.30 tgh – 2.30 ptg                - Rehat, Solat Zohor, Makan Tengahari.
2.30 ptg – 4.30 ptg                  - Kelas Teori.
4.30 ptg – 5.30 ptg                  - Solat Asar.
5.30 ptg – 6.30 ptg                  - Riadah.
3.60 ptg – 9.00 mlm                - Solat Maghrib, Makan Malam, Solat Isyak.
9.00 mlm – 11.00 mlm            - Kelas Praktikal.


HARI KEEMPAT

6.00 pg – 9.00 pg                     - Solat Subuh, Aktiviti Kecergasan, Sarapan Pagi.
9.00 pg – 12.30 tgh                 - Kelas Teori.
12.30 tgh – 2.30 ptg                - Rehat, Solat Zohor, Makan Tengahari.
2.30 ptg – 4.30 ptg                  - Kelas Teori.
4.30 ptg – 5.30 ptg                  - Solat Asar.
5.30 ptg – 6.30 ptg                  - Riadah.
3.60 ptg – 9.00 mlm                - Solat Maghrib, Makan Malam, Solat Isyak.
9.00 mlm – 11.00 mlm            - Kelas Praktikal.

HARI KELIMA

6.00 pg – 9.00 pg                     - Solat Subuh, Aktiviti Kecergasan, Sarapan Pagi.
9.00 pg – 12.30 tgh                 - Ujian Kursus.
12.30 tgh – 2.30 ptg                - Rehat, Solat Zohor, Makan Tengahari.
2.30 ptg – 4.30 ptg                  - Majlis Penutup.
4.30 ptg – 5.30 ptg                  - Bersurai.








BORANG
KURSUS WASIT & JURI KELAS 3 KEBANGSAAN
FESTIVAL SILAT NUSANTARA
& JEMPUTAN ANTARABANGSA 2011

Maklumat Peserta.                                                  



Lekatkan foto disini


Nama                   :        ……..……….…………………………………………...…..

No. K/P:……….….……………….. Tarikh Lahir:…….………………………….…. 

Umur : ….… tahun.  Warganegara:…………………Pekerjaan:……….………

Alamat:……………………………………………………………………………..…………

……………………………………………………………………………………………………

No h/p :……………………………… Tel Rumah/Pejabat:…………………………


PENGESAHAN DIRI.

Adalah dengan ini disahkan, bahawa segala maklumat diatas adalah benar.

Saya yang benar,                                       Tarikh : …………………………..



…………………………………………………….
Nama:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan